Dulu pernah dihina gara2 berkulit gelap,akhirnya kini menjadi bangkit dan menjadi juara Dewi Remaja 2018/2109.

0
63

Dewi remaja 2018/19 telah melabuhkan tirai malam ini. Dimana dengan rasminya menobatkan Hannesya sebagai pemenang dewi remaja 2018/19. Beliau akan membawa pulang hadiah berupa rm10000 berserta trofi.

tempat kedua telah dsandang oleh tia sarah membawa pulang rm7000 beserta trofi, manakala tempat ketiga disandang oleh shereen membawa pulang rm5000 bersera trofi, tempat keempat dimenangi oleh Anna jobling, tempat kelima dimenangi oleh Rania

anugerah dewi favourite jatuh kepada Arena, dan anugerah dewi ispirasi dimenangi oleh Aween.

Berikut merupakan biodata finalis dewi remaja 2018/2019.

Di gelanggang akhir peserta diberi dua cabaran dan perlu dilakukan dengan jayanya.juri yang menilai adalah pak nil, neelofa dan hans izack.

HANEESYA

Nama penuh: Sharifah Haneesya Binti Sayed Sahlan

Tarikh lahir: 11 Februari 2000

Usia: 18 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Pandai menari, bergelar model sepenuh masa sejak berusia 15 tahun, pelakon ‘Cik Reen Encik Ngok Ngek’ dan mempunyai cabaran kondisi dyslexia, scoliosis dan thalasemia.

AFFIE RANIA

Nama penuh: Tunku Affie Rania Binti Tunku Fauzi

Tarikh lahir: 11 November 1999

Usia: 19 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Pelajar dalam jurusan peniagaan di Monash University. Mempunyai skill beatbox dan hobinya bermain futsal. Ibu merupakan bekas peserta DEWI REMAJA 2018/19, Che Puan Mimi Wahedah.

ANNA JOBLING

Nama penuh: Anna Ellisa Gustin Jobling Binti Abdul Rahman

Tarikh lahir: 14 Ogos 2000

Usia: 18 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Seorang perenang, mahir bermain alat muzik saxsofon dan piano, berdarah kacukan Inggeris dan Portugis Melaka. Memiliki 14 ekor kucing dan seorang vegetarian.

SHERIN

Nama penuh: Sherin Amiri Binti Karim Amiri

Tarikh lahir: 16 Februari 1995

Usia: 23 tahun

Asal: Kuala Lumpur

3 tahun bergelar pramugari, masih belajar dalam bidang komunikasi massa di Segi College dan pernah menjadi model TV bagi KFC, Rexona dan Mee Sedap. Fasih berbahasa Farsi. Ayah berketurunan Iran/Rusia dan ibu, Melayu.

TIA SARAH

Nama penuh: Siti Sarah Shah Binti Nasser Shah

Tarikh lahir: 6 September 2000

Usia: 18 tahun

Asal: Klang, Selangor

Pelajar jurusan TESL, fasih berbahasa Inggeris, suka mengacara, melukis dan mengembara. Mengidolakan Ryan Seacrest dan Jimmy Fallon.

Lebih tiga tahun berlalu sejak gelaran Dewi Remaja disandang oleh pelakon Raysha Rizrose, kini program Pencarian Dewi Remaja kembali mencungkil bakat-bakat baharu.

Kali ini seramai 12 peserta akan berentap untuk merebut gelaran juara yang akan bermula pada 25 November depan.

Pengurus saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pertandingan itu telah melahirkan bakat-bakat besar dan membawa impak serta sumbangan pada industri hiburan tanah air.

“Menyingkap sejarah penganjuran Dewi Remaja edisi pertama lebih tiga dekad yang lalu, jenama dan legasi Dewi Remaja terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar pada industri hiburan.

Dari kiri; Datuk Hans Isaas, Scha Alyahya dan Datuk Aznil yang turut terlibat dalam Dewi Remaja kali ini.

“Program realiti ini berjaya melahirkan ramai nama-nama besar. Sehingga kini pengaruhnya terus kukuh sebagai platform berprestij untuk mengenal pasti bakat-bakat besar dengan pakej komersial yang lengkap,” katanya kepada mStar Online

Emarina ditemui pada sidang media memperkenalkan peserta akhir Dewi Remaja 2018/2019 di Hard Rock Cafe di sini, Rabu.

12 peserta itu ialah Fazreen Fazera, 20, Ernisha, 23, Sherin, 23, Zeera Azizi, 22, Rasya Sofea, 22, Aween, 20, Lydia, 20, dan Rania, 19.

Turut bertanding Arena, 19, Anna Jobling, 18, Tia Shah, 18 dan Haneesya Hanee, 18.

Dewi Remaja 2018/2019 bakal bersiaran setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135) bermula 25 November depan.

Bekas juara Dewi Remaja 2005/2006 dan pelakon terkenal Scha Al Yahya akan bertindak sebagai pengacara rancangan berkenaan.

Manakala selebriti terkenal Datuk Hans Isaac dilantik sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan akan mengadili peserta. sumber mstar

Di mata manusia kalau berbicara tentang cantik, pastinya yang terlintas di fikiran adalah putih, kurus, tinggi, kulit yang licin dan sebagainya. jadi adakah orang yang gemuk, kulit gelap tak cantik?

Gadis bernama Haneesya Hanee menajdi bualan ramai ekoran kisah yang dilalui olehnya. Sebelum ini Haneesya Hanee selalu diejek dan dihina kerana kulitnya gelap atau ‘hitam’. Tapi kini segalanya berubah, Haneesya Hanee telah berjaya menjadi seorang model dan juga baru jinakkan diri dalam dunia lakonan.

Malah Haneesya Hanee kini baru diterima sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja.

Haneesya Hanee menganggap mempunyai kulit hitam tidak semestinya tidak cantik. Haneesya yang juga berkulit hitam berasa sangat terkilan apabila selalu dihina oleh orang yang tidak dikenali kerana dibandingkan denagn mereka yang mempunyai kulit putih melepak.

Namun, perkara itu tetap tidak menghalang dirinya untuk berasa cantik dengan penuh yakin.

Ini nukilan dari Haneesya Hanee:

“our Malay people hv to stop thinking that “putih” is cantik. I am malay n i think i look great in dark skin. Being dark is not a problem at all. Only malay people are obsessed to be white n letting others feel down for hv dark skin. It’s 2108 but our melayu people still the same.”

Haneesya Hanee menyeru orang ramai untuk berhenti memikirkan bahawa hanya orang berkulit putih sahaja yang cantik. Menurutnya, tidak ada masalah langsung untuk orang berkulit gelap untuk merasakan dirinya cantik.

Gadis 18 tahun ini turut menyelar tindakan segelintir masyarakat yang terlalu obses untuk memutihkan kulit sehingga menjadikan orang berkulit gelap berasa rendah diri.

Seperti yang dijangka, ada saja pihak yang kurang senang dengan kenyataan beliau dan bertindak menc4ci dan mengh!nanya, hanya kerana beliau berkulit gelap.

Haneesya selalu meluahkan rasa kesal terhadap segelintir masyarakat yang bersikap diskriminasi dan tidak henti-henti melemparkan komen-komen ngatif di akaun Instagram dan Twitter miliknya. Perkara tersebut telah berlaku secara terbuka, namun dia tetap membalasnya dengan penuh adab.

Lebih teruk, Haneesya turut dihina dan mendapat label seperti “perempuan hitam tak sedar diri”

Tetapi, dalam pada ramai yang mengcam, masih ramai juga yang menyokong Haneesya. Masing-masing menyifatkan kenyataan beliau itu sama sekali benar, malah turut terjadi kepada orang lain.

Sesungguhnya cantik itu sangat subjektif. Bukan hanya yang berkulit putih mampu digelar ‘cantik’. Semua manusia cantik dari mata orang yang mempunyai pandangan berbeza-beza kan.

Sumber : layansudah / menujukebenaran.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!