Buka Kafe Pencuci Mulut, Ruhainies Nak Berhenti Berlakon? Ini Penjelasannya.

0
362

 

Pelakon jelita, Ruhainies menafikan dirinya mahu memperlahankan kerjaya dalam bidang lakonan.

Baru sahaja membuka sebuah kafe Bites Dessert yang menyajikan pelbagai seleksi pencuci mulut, Ruhainies mahu memberikan fokus seimbang kepada kedua-dua bidang.

“Saya belum mahu berhenti berlakon atau memperlahankan rentak dalam bidang hiburan. Saya tetap akan mengambil tawaran seperti biasa.

“Empat tahun bergelumang dalam bidang ini, saya rasakan masih belum tiba masanya untuk saya berehat. Pembukaan kafe ini sebagai salah satu cabang kerjaya baru untuk saya.

“Lagipun saya mempunyai tiga orang rakan kongsi lain. Mereka akan membantu saya menguruskan kafe ini. Jika saya mempunyai kelapangan, pasti saya akan turut turun padang,” katanya.

Ruhainies ditemui di majlis pelancaran kafe Bites Dessert di Plaza Akardia, Desa Park City, Kuala Lumpur baru-baru ini.

View this post on Instagram

Beautiful people at @bites_dessert launching 💖 . 📸by : @budak.tadika

A post shared by @ ruhainies7 on

Mahu menampilkan kelainan, Ruhainies memilih kafe yang menjual pencuci mulut yang menyajikan lebih 40 seleksi ‘sweet and savoury desserts’ serta ais krim.

“Setiap menu disajikan di atas ‘conveyor belt’ dan pengunjung boleh menikmati buffet pencuci mulut tanpa had selama satu jam. Jadi, boleh makan sepuas-puasnya!

“Saya mahukan kelainan kerana saya gemarkan pencuci mulut. Jika saya berkunjung ke mana-mana negara luar untuk bercuti, pastinya saya mencari kafe yang menjual pencuci mulut dahulu,” katanya lagi.

Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis pelancaran terbabit ialah Rita Rudaini, Syamim Farid, Mawar Rashid dan Raf Yaakob.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak