“Berbaik sebab anak, bukan cari publisiti murahan” – Adam Shahz ulas hubungan dengan bekas isteri

0
183

PELAKON Adam Shahz menafikan dakwaan kononnya dia kini sudah berbaik dengan bekas isterinya iaitu pelakon Fatin Afeefa disebabkan mahu mencari publisiti murahan.

Menurut Adam, hubungan baik yang terjalin antara dia dan bekas isteri adalah demi masa depan anak mereka.

“Memang betul, pada awalnya ada perbalahan antara kami dan setiap yang berlaku itu pasti ada sebab.

“Sesetengah orang mungkin anggap berbaik dengan bekas isteri seolah-olah nak mencari publisiti.

“Tapi sebenarnya hubungan kami baik semata-mata untuk anak… lagipun anak selalu tanya kenapa tak keluar dengan mummy dan dia mungkin tanya kepada Fatin kenapa tak keluar dengan daddy” ujarnya kepada mStar.

 

Adam dan Fatin dilihat ada bersama dalam satu majlis baru-baru ini.

Adam berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai hubungannya dengan bekas isteri.

Sebelum ini, hubungan pasangan tersebut dingin selepas membuat keputusan untuk bercerai.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The most revolutionary thing you can do is love your body ft @sexycurve_ waist trainer 💋

A post shared by A F E E F A (@fatinafeefa) on

Bagaimanapun, kebelakangan ini Adam dilihat ada memuat naik beberapa foto bersama bekas isteri dalam majlis yang diadakan oleh rakan-rakan selebriti.

Dalam pada itu, pelakon Juvana ini juga berkata, dia boleh bersikap profesional sekiranya diminta mana-mana pihak yang memerlukan mereka bergandingan.

“Tapi kami sekarang okay sahaja. Tiada masalah. Malah, kami boleh main game bersama dekat event.

 

Sebenarnya hubungan kami baik semata-mata untuk anak.

ADAM SHAHZ

Pelakon

“Pernah beberapa hari lalu netizen timbulkan isu dan buat hubungan saya dengan Fatin jadi tegang.

“Apa-apa saya update di Twitter kadang-kadang bukan dituju untuk sesiapa pun. Kenyataan itu random saja,” jelasnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hi.. Rindu tak? 😜😜😜 #ayamjuvana #dakayam #gengayam #curlyfries #curlyhair #daddy #littlegirl #daughter

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz) on

Mengulas mengenai dakwaan dia kini mempunyai teman wanita, Adam berkata, dia selesa berkawan dengan ramai wanita.

“Buat masa ini saya selesa berkawan dengan semua orang. Setakat ini tiada apa-apa planning tapi kalau ada yang mendoakan, siapa tahu ia menjadi,” katanya.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 25, pada 21 Disember 2013 namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan yang dibina selama empat tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia empat tahun.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You’ll be glowing differently when youre being treated right and loved properly

A post shared by A F E E F A (@fatinafeefa) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

cuba try tackle i apa nama

A post shared by A F E E F A (@fatinafeefa) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar