“Ben Amir Tu Memang Adik Saya La…Tak Tahu Ke?” – Jawapan Lisa Bila Dikatakan Wajah Seiras Ben Amir!

0
892

Pelakon dan pengacara Lisa Surihani telah membuat pengakuan di akaun sosial Twitternya pada malam Khamis mengenai hubungannya dengan aktor drama ‘Sweet Dreams’, Ben Amir.

Lisa menerusi kemas kini terbarunya mengejutkan banyak pihak selepas mengaku Ben Amir merupakan adiknya.

“Hey semua…Ben Amir tu memang adik saya la, tak tahu ke? Hehehe,” tulisnya.

Sungguh pun jelas Lisa hanya berseloroh mengenai perkara tersebut, namun ada juga warga net yang mempercayainya.

Semuanya bermula apabila warga net mendakwa wajah kedua-dua pelakon ini mempunyai persamaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy Birthday to my other half Amirah 😘

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Lebih menarik perhatian warganet ialah, Lisa turut meninggalkan komen pada foto yang dimuat naik heroin drama ‘Sweet Dreams’, Mira Filzah di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💙 . . It’s day 46! And we are still struggling to finish all scenes! Watch Qash and Putri tonight episode 8! #DramaSweetDreams

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Lisa turut meninggalkan tag nama ‘Ben Amir’ pada ruangan komen dan telah menerima reaksi comel daripada pengikut di IG.

“Disebabkan semua orang cakap dia dan saya serupa, jadi terimalah hakikat bahawa dia adalah adik saya. Okay jadi, macam mana dia? Saya harap dia berkelakuan baik, kalau tidak bagi tahu saya ya! Tahulah Kak Long ‘sekolahkan’ dia nanti,” tulisnya kepada Mira Filzah.

Ben Amir dan Mira Filzah bergandingan dalam drama bersiri ‘Sweet Dreams’ arahan pengarah terkenal Michael Ang.

Drama ini telah mula ditayangkan di slot Megadrama sejak 5 Ogos lalu, menggantikan drama bersiri ‘Setelah Terlafaznya Akad’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ready for tonight’s episode? #DramaSweetDreams

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Drama bersiri ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak