“Siapa Nak Ikut Melamar Kerinting Ni” – Ardell Aryana Mahu Lamar Nadzmi Adhwa, Siap Ajak Peminat!

0
1350

Dek kerana asyik menyakat Ardell Aryana untuk menjadi suri hatinya, pelakon Nadzmi Adhwa akhirnya menerima jawapan yang mengejutkan daripada pujaan hati.

Memuat naik kata-kata sedih memandangkan tiada calon menantu untuk dibawa berjumpa ibu bapanya tahun ini, pelakon berusia 26 tahun ini memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang tahun hadapan.

Sedih raya tahun ni kita raya single jugak. Baru ingat tahun ni nak bagi menantu kat mak abah. Takpela mana la tau tahun depan raya berdua pulak ke kan @ardellaryana? Lariiiii…”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sedih raya tahun ni kita raya single jugak. Baru ingat tahun ni nak bagi menantu kat mak abah ???? Takpela mana la tahu tahun depan raya berdua pulak ke kan @ardellaryana ? ???? Lariiiiiiiiii …. . We are donning our love @alwadelhijab #KurtaAlwadel & #YourSoulNeedsMe ❤️ Nak datang kedai kami boleh mai singgah. Esok last day ! Sale murah gila untuk yang Walk In ????

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Komen berani Ardell nampaknya memberi harapan indah apabila dia mengatakan bakal membawa rombongan untuk meminang si lelaki.

Ok lah…kalau kau nak sangat, nanti aku masuk meminang kau. Bagitau keluarga kau ready, aku nak LAMAR kau.

“Ok…tenang-tenang semuanya. Saya lamar dia…biar dia sampai terkentut-kentut nanti terkejut. Suka sangat dia gurau2 cmni. Sapa nak ikut saya pergi melamar kerinting ni?”

Kalau sudah suka sama suka, apa nak ditunggu lagi. Semoga apa yang diimpikan berakhir dengan kebahagiaan.

“Mak Perlukan Anak Perempuan? Baiklah Angah Cuba Bagi..” – Nadzmi Adhwa

Pelakon Nadzmi Adhwa menyatakan ibunya, Normadiya menyimpan hasrat untuk mempunyai anak perempuan dalam keluarga mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya, ibu kepada Nadzmi menyatakan dia ingin pelakon wanita Ardell Aryana menjadi anak perempuannya.

” Bila mak kita cakap macamni apa yang kita perlu buat? @ardellaryana mak aku yang cakap tau. Tak terjawab kau! HAHA macam mana ni?

“Korang rasa macam mana? Kenapa dalam banyak-banyak perempuan mak aku nak kau?

“Mak perlukan anak perempuan? Baiklah angah cuba bagi mentang-mentang kami semua 4 beradik lelaki. Terima kasih mak @normadiya hehe,” tulisnya.

Dalam video tersebut, ibunya menunjukkan ke arah Ardell untuk menjadi menantunya.

“Ibu ingin anak perempuan lagi,” kata ibu kepada Nadzmi.

“Weh,” kata Nadzmi kepada Ardell.

“Apa pulak aku..Cepat la awak cari menantu eh isteri,” jawab Ardell.

“Nak perempuan ini,” kata ibu lagi sambil tersenyum.

Rata-rata pengikut Nadzmi gembira kerana keakraban mereka telah mendapat restu daripada seorang ibu.

Malah ramai mendoakan agar pasangan itu akan disatukan suatu hari nanti.

Nadzmi dan Ardell mulai rapat sejak bergandingan dalam drama Namaku Bedah pada 2015.

Hubungan itu bertambah erat ketika Ardell jatuh saklt pada Jun lalu.

VIDEO :

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Nadzmi Adzwa via MH