Perbezaan Turki dengan Israel, patutlah Amerika takut sekutunya itu diserang Turki

0
200

Sebagai sebuah negara yang sudah lama menjadi sekutu penting Amerika Syarikat di kawasan yang terletak di antara benua Eropah dan Asia, sudah pastinya Turki ini memainkan peranan yang besar di dalam percaturan kuasa dunia.

Walau bagaimanapun, hubungan Turki dengan sekutunya itu dilihat mulai merosot seiring dengan perkembangan pergolakan di Timur Tengah apabila negara Uncle Sam itu dilihat mulai masuk campur dengan urusan serantau sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Presiden Turki, Tayyip Erdogan telah secara terang-terangan menyeru negara-negara anggota OIC untuk bersatu menentang Isreal dari segala penjuru. Turki yang berasa marah dan mengecam tindakan Israel yang menggunakan kuasa ketenteraan di Semanjung Gaza sehingga mengorbankan puluhan nyawa rakyat Palestin pada 31 Mac 2018.

Sebagai sekutu kuat Israel, Amerika sendiri telah membuat hubungan dua halanya dengan Turki menjadi semakin tegang apabila penjualan jet tempur F-35 Lightnig II kepada Turki dikatakan bakal ditunda atau pun dibatalkan.

Ramai pihak berpendapat bahawa pihak Amerika berasa khuatir sekiranya Turki akan menggunakan pesawat F-35 yang bakal dimiliki mereka itu untuk menyerang negara haram Israel. Israel yang sudah pun memiliki sejumlah pesawat F-35 dan dikatakan telah digunakan dalam operasi ketenteraan  di Labenon dan Palestin.

Sikap Turki yang dilihat sudah tidak dapat membendung perasaan untuk menggempur Israel telah membuatkan Amerika berasa tergesa-gesa untuk mencegah peperangan yang bakal tercetus lebih-lebih lagi apabila Turki bakal menerima sistem pertahanan udara S-400 daripada Rusia.

Selain daripada peluru berpandu S-400, Turki juga dikatakan turut membeli daripada Rusia sejumlah pesawat Sukhoi Su-57 yang teknologinya dikatakan setanding dengan pesawat F-35.

Dari segi teknologi, pesawat Su-57 mampu untuk terbang sehingga jarak melebihi 5,000 km tanpa perlu mengisi bahan bakar berbanding dengan pesawat F-35 yang hanya mampu terbang sejauh 1,500 sahaja.

Turki yang memiliki semangat yang tinggi untuk menyeru negara-negara Islam yang lain, khususnya negara-negara Arab untuk bersatu menentang Israel telah menimbulkan keresahan di kawasan Eropah dan Timur Tengah.

Sekiranya Turki menjadi negara penggerak negara-negara Islam yang lain untuk menggempur Israel, Turki akan secara automatiknya menjadi musuh baru kepada Amerika dan Amerika secara automatiknya akan kehilangan pangkalan tenteranya di Incirlik Air Base, Turki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Source