“Ternyata Nasrani” – Aeril Zafrel Dikecam Gara-Gara Biarkan Anak Bermain Tepi Pokok Krismas

1
170

Gara-gara memuat naik video dan beberapa keping foto anaknya bermain-main di tepi pokok Krismas, pelakon Aeril Zafrel dikecam netizen.Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pelakon filem Aku Tak Bodoh itu termasuk mengikut amalan meraikan Hari Natal seperti kaum Nasrani.Tampil memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar, kata Aeril rakaman itu dibuat ketika dia bersama keluarganya bercuti dan menginap di sebuah hotel.

“Saya minta maaf ya, kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok Krismas ini boleh terpesong dari agama.

“Untuk pengetahuan, pokok Krismas itu bukan di rumah saya.

“Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami menginap,” tulisnya dalam entri terbaharu pagi tadi.
Entri itu telah mendapat lebih 400 komen dan 43,000 tanda suka (likes) oleh netizen yang kebanyakannya mengecam tindakan Aeril.“Ternyata nasrani,” tulis salah seorang pengguna media sosial Instagram.

“Sambut Krismas… Buat apa raikan hari orang kafir,” tulis pengguna lain.

“Akidah perlu dijaga, anak siapa ni?” soal salah seorang pengguna lain.

“Setahu saya umat Islam itu lebih baik tidak ikut merayakan Krismas, saya cuma ingin berbagi apa yang saya faham, tetapi semua itu pilihan masing-masing,” pesan salah seorang pengguna.

Aeril bukan artis Malaysia pertama yang mendapat kecaman netizen gara-gara memuat naik entri sedemikian.

Terdahulu, pelakon Rita Rudaini dikecam gara-gara dituduh meraikan sambutan Hari Halloween bersama anak-anaknya beberapa bulan lalu.

View this post on Instagram

Saya mintak maff ya. Kalau disebabkan gambar anak sy bergambar dengan pokok Christmas ni boleh terpesong dari agama. Untuk pengetahuan Pokok Christmas tu bukan kt rumah saya. Pokok tu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk.???????????? . Slide ke kanan ➡️

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Aeril turut memuatkan salinan komen-komen ekstrim yang ditulis netizen di ruang komentar pada rakaman video dan foto anaknya di tepi pokok Krismas semalam.

View this post on Instagram

Dia nyanyi apa ni?? Satu apa aku tak paham ????????????

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Sumber : Gempak
Foto: IG @aeril_zafrel