Ini Yang Dilakukan Jong Hyun Sebelum Bunuh Diri

0
176

Semalam viral di media sosial apabila penyanyi K-Pop yang terkenal bunuh diri di kediamannya di Gangnam, Seoul. Anggota boyband SHINee, Jonghyun, ditemukan meninggal dunia pada waktu petang. Berita ini mengejutkan peminatnya di seluruh negara yang rata-ratanya berduka cita atas kematian penyanyi ini.

Namun sebelum kejadian yang menimpa dirinya, dia telah melaporkan diri ke balai polis. Ini yang berlaku di sebalik kematiannya.

Tinggalkan mesej bunuh diri kepada kakak

Menurut laporan The Fact, sebaik sahaja polis menemui Jonghyun, dia segera dibawa ke hospital namun tidak dapat diselamatkan. Polis di Gangnam juga ada memberitahu kakak penyanyi ini ada membuat laporan berkenaan adiknya yang mahu membunuh diri.

Pada 18 Disember pukul 16.42, kakak Jonghyun melaporkan kepada polis bahawa adiknya ingin membunuh diri

Kami pergi ke kediaman Jonghyun di Chungdam dan mendapati dia cuba mengakhiri hidupnya dengan menyalakan briket arang batu dalam kuali. Pasukan perubatan yang datang bersama polis segera membawa Jonghyun ke Hospital Universiti Konkuk. Media di Korea Selatan memberitahu Jonghyun ada meninggalkan mesej bunuh diri kepada kakaknya sebelum kejadian.

Maklumat kematian

Berikut merupakan maklumat berkaitan kematian lelaki bernama lengkap Kim Jong-Hyun ini.

1. Dilahirkan pada 8 April 1990 di Seoul, Korea Selatan

2. Meninggal dunia pada umur 27 tahun

3. Ditemui tidak sedarkan diri di sebuah apartmen di Gangnam-Gu, Chungdam-Dong, kemudian dia segera dibawa ke hospital, tetapi tidak dapat diselamatkan

4. Agensi penyelenggara SHINee, SM Entertainment, belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kematian mendadak Jonghyun

 

Sumber : Koreaaboo via Berita Steady