AKHIRNYA! Shahrukh Khan & Kajol Bakal Disatukan Buat Selamanya

0
335

Nama Kajol di Bollywood seperti tak boleh dipisahkan oleh Shahrukh Khan. Pasangan ini sering disebut sebagai pasangan paling serasi di perfileman India, termasuk filem legenda Kuch Kuch Hota Hai.

Pada tahun 2016, Kajol dan Shahrukh Khan kembali disatukan dalam filem Dilwale. Sebuah khabar mengatakan aksi Kajol dan Shahrukh Khan sampai buatkan suaminya, Ajay Devgan cemburu.

Akan Dibuat Patung Lilin

Nama Kajol sudah terpahat di hati peminat filem India. Akhirnya, Kajol diabadikan dengan dibuatkan patung lilin di Museum Madam Tussauds.

Bahkan, patung lilin milik Kajol itu dilaporkan akan diletakkan di sisi patung milik Shahrukh Khan. Akhirnya, Kajol & Shahrukh Khan disatukan buat selamanya di muzium itu. Suami Kajol, Ajay Devgan belum dibuatkan patung lilin.

Sudah Diukur

Khabar lain, diwartakan oleh Bombay Times menyebut, Kajol sudah mengetahui khabar dirinya dibuatkan patung lilin. Dia juga telah melakukan sesi mengukur untuk membuat patung lilin yang benar-benar mirip dengannya.

Ketika patung lilin selesai dibuat, Kajol dan seluruh anggota keluarganya akan menjadi tamu undangan di acara bersejarah tersebut.

 

Sumber : BombayTimes