Rupanya Ini Pekerjaan Faiz Subri Setelah Menang Anugerah PUSKAS Dan Dikenali Dunia

0
2016

Dahulunya, nama Faiz Subri selaku pemain bola sepak pasukan Pulau Pinang ini pernah melonjakkan nama negara apabila telah muncul sebagai pemenang bola sepak pertama di benua Asia yang memenangi Anugerah jaringan gol terbaik PUSKAS FIFA 2016.

Gol jaringan hasil sepakan percuma ketika menentang Pahang FC dalam kejohanan Liga Super 2016 telah melonjakkan namanya sepanjang karier bergelar pemain bola sepak.

Semasa acara penyampaian anugerah di Switzerland.

Dua tahun berlalu…

Namun kini setelah dua tahun berlalu, Faiz Subri dimaklumkan tidak mendapatkan tempat di mana-mana pasukan kelab bola sepak.

Bekas pemain bola kebangsaan itu, sebaliknya memilih untuk mengusahakan perniagaan menjual pewangi di kampung halamannya di Pulau Pinang.

Pilih untuk tidak dinamakan, tolak lamaran

Menerusi temu bual bersama NST, Faiz berkata dia memilih untuk tidak dinamakan oleh FA Pulau Pinang, apabila kontraknya berakhir November tahun 2018.

Berita ketiadaan nama Faiz Subri pada liga Malaysia telah mencetuskan polemik dalam kalangan ramai, apabila ramai yang membuat spekulasi bahawa tiada pasukan yang ingin mengambil Faiz Subri sebagai pasukan.

Sebaliknya Faiz ingin memfokuskan kepada keluarga dan perniagaan yang baru diceburinya.

Faiz Subri juga berharap semoga dia dapat kembali ke Liga M, ketika jendela perpindahan kedua pada bulan Mei ini.

Faiz patut dapat peluang lagi baik!

Berita tersebut menerima pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak tempatan, ada yang bersimpati dengan nasib yang dihadapi Faiz Subri, mahupun memberinya semangat untuk lebih berjaya dalam perniagaan minyak wangi yang baru diceburinya.

Takpe, yang penting dapat award!

Komen2 lain.

Orang yang menang puskas tu banyak yang memang betol2 berkualiti . Penjaring terbanyak pasukan . Dia ni gol nasib dan main biasa2 je sebab tu tak ada club nak amek . Lol .

Bro, malaysia bro…. Bkn liga inggeris liga spain..Liga itali.. Liga malaysia cap aym je…

Main kt Malaysia ni xkira la tahap skolah smpi negeri, xkenal org xkan kemana…

Hlna ke jual minyak wangi? Dah tu jalan rezeki dia. Biar la. Sepatutnya diberi galakan dan sokongan. Satu perkembangan yg baik bila bekas pemain bola ceburi bidang perniagaan. Ia seharusnya menjadi contoh kpd anak2 muda. Status bintang PUSKAS tak perlu menjadi halangan utk berniaga.

Ubah m3ntality!!!

Sumber : NST via CoretanMedia