‘Throwback’ Filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa Swafoto Dengan Nik Adruce, Si Isteri Jadi ‘Photographer’

0
9

Mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang mahu mengejar cita-cita dan impian, filem Tentang Bulan pastinya menjadi memori dalam ingatan ramai.

Gamit memori, filem berkenaan dilancarkan lebih 13 tahun lalu.

Terbaru, kedua-dua bintang yang membawa watak Shahila lakonan Fatin Afeefa dan Bulat lakonan Nik Adruce mencuri perhatian ramai apabila mereka bergambar bersama.

“Shahila and Abu (bulat). 13 years later, guys! Hi @nikadruce! picture taken by his wife.

” (YES, WIFE!!!!! i swear im still in awe. She’s gorgeous!) edited: please do not harass his wife guys,” tulis Fatin yang memuat naik foto bersama Adruce.

Terdahulu, Adruce telah bernikah dengan Nur Syafiqah Sofian pada awal Oktober lalu.

 

Fatin sebelum ini juga ada berkongsi foto bersama Erin Malek yang juga teraju utama dalam filem arahan Ahmad Idham.

Sekali gus, gambar tersebut dihujani komen mengenai watak mereka dalam menjayakan filem tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:KL Press