Kesian…Tapi Lawak! Gambar Latihan Pasukan Basketball Ini Jadi Bahan Jenaka Netizen

0
11

Zaman sekarang jika silap langkah, tidak mustahil apa jua tindakan kita akan viral.

Begitu jugalah yang terjadi pada sekumpulan pemain bola keranjang di Filipina ini apabila gambar pemain mereka yang sedang menjalani latihan tersebar di laman sosial.

Bukan saja viral, malah beberapa gambar pasukan Tagum City Hoopers ini telah menjadi bahan jenaka apabila ada daripada netizen bertindak menyunting imej tersebut.

Bukan saja disunting menjadi model produk minuman, malah tidak kurang juga yang berimiginasi tinggi menjadikan pemain boleh keranjang tersebut seperti di dalam watak kartun popular.

Difahamkan, posting yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Tagum City Hoopers itu telah menerima lebih 30,000 perkongsian serta 17,000 likes.

Terdapat 785 gambar kesemuanya yang dimuat naik!

Anda boleh lihat gambar original dan yang telah disunting di bawah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak