“Bukan Tak Sedia, Cuma Tak Jumpa Orang Yang Betul” – Ini Ciri-Ciri Calon Suami Yang Uqasha Senrose Cari…

0
379

Pelakon Uqasha Senrose memberitahu bahawa dia masih belum menemui calon yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai pasangan hidupnya.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, berkata, dia bukanlah mencari seorang yang betul-betul sempurna, sebaliknya cukuplah sekadar lelaki yang kena dengan jiwanya.

“Bukan tak sedia, cuma tak jumpa orang yang betul. Kahwin ni bukan sehari dua, tak naklah sebulan dua bulan, cerai, makan hati, kalau laki tu tak jaga hati. Saya memang jaga bab tu, takut salah pilih orang.

“Saya tak fikir pasal status (calon suami) ke apa, cukuplah seorang yang stabil (kewangan), hormat orang tua, ada agama, setia dan jujur,” katanya kepada HLive!

 

Sungguhpun begitu, jelas Uqasha, buat masa ini dia tidak meletakkan f0kusnya kepada soal perkahwinan.

“Ada berkawan, tapi f0kus saya sekarang pasal kerja. Kalau hal lain, saya rasa kalau tuhan dah kata itu jodoh kita, ia akan jadi mudah je,” katanya.

Sebelum ini, Uqasha pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki dalam industri termasuklah pelakon dan penyampai radio, Hefny Sahad.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK