“Banyak Jasa Dan Bantuan Beliau Untuk Menzahirkan Kelainan Buat Anak Didik Saya, Salma,” – Erra Fazira Terkenang Zaman Mentor, Kerjasama Dengan Arwah Lok-U

0
152

Pagi tadi dunia hiburan dikejutkan berita sedih atas pemergian pemuzik terkenal, Faizal Uzir atau sinonim disapa Lok U.

All4hyarham kerap kali mengiringi persembahan penyanyi popular tanah air selain sering terlibat dalam program-program hiburan di TV3.

Bagaimanapun, pemergiannya nyata mengejutkan ramai pihak dan secara langsung ia turut memberi kesan kepada para selebriti yang pernah bekerjasama dengan arw4h.

Erra Fazira misalnya antara rakan artis yang turut bersedih atas kehil4ngan seorang lagi permata seni itu.

Pernah terlibat secara langsung dengan arw4h ketika sama-sama terbabit dalam program Mentor, primadona filem Melayu alaf baru ini menitipkan dedikasi terakhir buat arw4h menerusi Instagram.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Diusia 45 tahun. Allahy4rham Faizal aka LokYu meningg4lkan kita mengadap yang Maha Esa. Satu kejutan buat industri muzik tanahair memandangkan LokYu insan seni yg aktif dan bz dgn tugasannya.

“Namun itulah kehidupan, sihat ataupun muda bukan jaminan. Khabarnya, Allahy4rham pergi akibat ses4k naf4s setelah pulang dr jogging . Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya.

Erra pada masa sama turut mengimbau kenangan sama arw4h suatu ketika dahulu.

“LokYu, saya bekerja rapat dgn beliau ketika program Mentor. Byk jasa dan bantuan LokYu kepada saya untuk menzahirkan kelainan buat anak didik saya, @salma_asis.

“LokYu insan yg sangat creative, cinta pada tugasnya, simple, mudah didekati dan ceria dimata saya.. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikkannya dan moga Allah tempatkan Allay4rham dikalangan hambaNya yang beriman, amin. AlFatihah buat Faizql aka LokYu,” titip Erra lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: