Khai Bahar Bakal Muncul Dengan Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia

0
93

Penyanyi popular, Khai Bahar akan muncul dengan konsert solo iaitu Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia.

Konsert tersebut akan diadakan di Istana Budaya pada 27 dan 28 Mac jam 8.30 malam  dibawah anjuran Ogy Ventures Network milik seniwati terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Menurut Ogy, dia memilih Khai kerana melihat keistimewaan yang ada dalam diri penyanyi itu.

“Saya selalu menonton persembahan Khai, saya dapat melihat keistimewaan yang ada pada dirinya, dia memiliki kualiti suara yang bagus.

“Namun saya rasa ada aspek yang masih perlu digilap untuk menjadikan nama Khai Bahar ini melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Sebab itulah saya membuat keputusan untuk memilih Khai dalam konsert ini, melihat pada kebolehan Khai, saya yakin dia mampu lakukan yang terbaik dalam konsert ini,” jelas Ogy.

Ogy berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah Ogy, dia sendiri akan ‘turun padang’ ketika sesi latihan konsert tersebut.

“Untuk sesi latihan nanti, saya sendiri akan ‘turun padang’ dan memberi tunjuk ajar kepada Khai.

“Latihan akan diadakan setiap hari sehinggalah konsert bermula, bukan senang untuk membuat persembahan di Istana Budaya, jadi sesi latihan harus mencukupi,” tambahnya.

 

Konsert berdurasi hampir 2 jam itu akan memuatkan 20 buah lagu termasuk medley.

Pembelian tiket boleh dibuat mulai hari ini menerusi www.airasiaredtix.com bermula pada harga RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM446 dan RM556 (Gold).

Mereka yang membeli tiket pada harga RM556 akan berpeluang untuk berjumpa dengan Khai selepas konsert.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK