“Kahwin Cepat Please,” – Kilafairy Diminta Cepat-Cepat Tamatkan Zaman Bujang, Ini Respon Tuan Badan

0
225

Pelakon dan penyanyi, Kilafairy menerusi posting terkininya di Instagram ada berkongsi beberapa keping foto saat menghadiri majlis sebuah jenama kasut mewah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berkongsi beberapa keping foto kandid, pemilik nama lengkap Syakila Nisa Jahangir Khan itu dirakam hadir bersama kekasih hati yang dikenali sebagai Sa’aid Aiman Hazley.

Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan kenalan lamanya sejak di bangku persekolahan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#ChristianLouboutin situation 🔥 My cropped blazer is from @zaloramy 🖤

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Serentak dengan muat naik foto ‘sweet’ itu, rata-rata peminat serta rakan memberikan reaksi dan ada di antaranya yang turut mendapat jawapan balas dari anak kepadanya bintang senior, Rohana Jalil itu.

”Dua-dua helok yang amat. Kahwin cepat please,” tulis satu komen lalu Kila mengucapkan terima kasih dan mohon mendoakan.

Meninjau ke laman Instagram miliknya pula, Kila sering sahaja berkongsi foto bersama si dia, khasnya apabila menghadiri sesuatu majlis.

Sebelum ini, bintang berusia 28 tahun itu sebelum ini pernah dig0sipkan bercinta dengan pelakon Indonesia, Hardy Hartono.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: NEWS MEDIA ONLINE