“Ibu Tak Hisap D4dah, Kurus Sebab …” – Surat Terbuka Puteri Balqis Untuk Nabila Huda & Netizen

0
405

Pelakon cilik Puteri Balqis tampil memberikan kenyataan berhubung pertanyaan Nabila Huda menerusi akaun Twitter baru-baru ini.

Dalam kenyataan panjang lebar, Balqis memohon agar mana-mana pihak termasuk Nabila tidak mempertikaikan tindakan ibunya menyara hidup keluarga.

“Buat auntie Nabila Huda, Puteri minta jangan dipersoalkan tentang ibu Puteri. Laman media bukan untuk itu… auntie.

“Kami juga pernah melakukan kesalahan seperti itu tapi kami cuba berubah. Jika auntie nak salahkan orang lain, tak apa tapi jangan disebut atau disalahkan nama ibu Puteri.

“Ibu Puteri berhabis puluhan ribu untuk mencari jalan menyelamatkan Puteri. Ibu Puteri satu-satunya saksi pada keperitan Puteri.

 

“Auntie dan kawan-kawan auntie pernah membantu, ibu tak perna lupa kerana itu dia sentiasa menjawab kepada soalan.

“Ibu Puteri satu-satunya ahli keluarga yang tak pernah tidak bekerja, dari dulu sentiasa buat macam-macam. Di set penggambaran pun jual asam, jeruk, meniaga sana sini.

“Terpaksa berhenti bekerja sebab Puteri selalu sakit cuma mungkin tak diizinkan berjaya, ada duit seperti auntie.

“Ujian untuk ibu ialah kesusaan, ujian untuk auntie ialah kemewahan,” tulis Balqis.

Memetik tulisan Nabila di Twitter, pelakon itu mempersoalkan tindakan ibu bapa pelakon kanak-kanak itu yang membiarkannya keluar mencari rezeki sedangkan kesihatannya terganggu.

Justeru, kata Balqis, ramai yang tersilap andaian bahawa dia dibiarkan seorang diri mencari rezeki untuk menyara hidup tanpa usaha daripada ibunya.

“Ibu puteri tak pernah membiarkan Puteri bekerja. Tidak pernah sesekali. Puteri yang memaksa untuk ikut. Terus terang di KL ibu yang meniaga tapi Puteri yang rabun masih punya perasaan kasihan melihat ibu,” ujarnya.

Sementara itu, Balqis turut menafikan dakwaan ibunya terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebaliknya keadaan fizikal yang kurus disebabkan masalah kesihatan lain.

“Puteri anak orang biasa, puteri tahu apa itu dadah. Kadang-kadang waktu pagi kami berjalan sering ditahan polis tetapi syukur ibu Puteri sentiasa dilepaskan kerana tidak mengambil dadah.

“Fizikal ibu yang kurus selalu tidak makan, tidak cukup tidur, depresi. 

“Sewaktu Puteri sakit, ibu kadang-kadang tak tidur. Ibu memang sering pengsan, tenaganya tak sekuat dulu selepas jatuh dan terhentak pada 2018. Ibu tetap bangun dan teruskan berjalan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Balqis mengumumkan tidak akan berada dalam industri hiburan lagi selepas ini.

“Kenyataan ibu hisap dadah itu diberitakan oleh ibu saudara Puteri sendiri.

“Dengki khianat tak kenal keluarga atau kawan, terlalu indah fitnah buat kami. Maka apa yang ibu Puteri buat? Melutut berdoa?

“Jangan risau Puteri tak akan berada dalam industri lagi, lebi tenang tanpa berhadapan dengan golongan seperti mereka,” getus Balqis.

Kisah Balqis mula mencuri perhatian ramai selepas melihat mengenai kehidupannya yang kini hanya berdua bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz selepas kedua orang tuanya berpisah sejak empat tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK