“Aku Bukan Bayar Gaji Kau Untuk Duduk Main!” – Michael Ang Naik Angin Dengan Siapa Tu?

0
233

Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang bengang apabila terdapat krew produksinya yang bersikap sambil lewa ketika waktu bekerja.

Kata Michael, individu terbabit sering bermain dengan telefon bimbit daripada menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.

“Kalau nak kerja, kerja dengan betul. Tahu tanggungjawab. 

“Aku bukan bayar gaji kau untuk kau duduk main phone dan game je.

“Lepas tu tak ikut calltime! Kalau tak sanggup kerja aku boleh cari orang lain.

“P3t p3t betul manusia macam ni!” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

 

Menerusi kapsyen yang ditulis, Michael menyatakan bukan daripada kalangan artis yang menimbulkan masalah tersebut.

“Salam semua! Lama tak meroy4n macam ni! Enough said! Stress aku pagi-pagi ni! 

“Kalau rasa kat luar sana senang dapat kerja sila kan! Jangan menyusahkan hidup orang! Ini bukan pasal artis!” tulisnya lagi.

Pun begitu, Michael tidak pula mendedahkan nama gerangan orang yang membuatkannya naik angin sekaligus meluahkan rasa marah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua. Lama tak meroyan mcm ni! Enough said!!!! Stress aku pagi pagi ni! Kalau rasa kat luar sana senang Dpt kerja sila kan! Jgn menyusahkan hidup org! INI BUKAN PASAL ARTIST!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK