“Tak Kira Artis Ke Siapa…” – Azad Jazmin Cerita Pengalaman Kena Saman

0
131

Pelakon Azad Jazmin berkongsi cerita apabila disaman oleh polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.

Azad berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di entri akaun Instagram miliknya.

Menurut Azad, dia disaman kerana terlupa membawa lesen memandu.

“Padan dengan muka aku, padan muka aku tak bawa lesen pasal apa Pak Azad oi…Ini pengajaran.

“Kredit kepada pihak trafik @pdrm_official dan @jpjmalaysia kerana menjalankan tugas dengan adil dan tegas, tak kira artis ke siapa, salah kenalah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut dan rakan artis di ruangan komen.

Rata-rata mereka meninggalkan respon bebentuk jenaka dan menasihati Azad untuk tidak mengulangi kesilapan sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Padan dgn muka aku, padan muka aku tak bawak licence kereta pasaipa pak azad oi… ini pengajaran hahahah Credit to : traffic @pdrmsia_official and @jpjmalaysia kerana menjalankan tugas dgn adil n tegas 🙌🏽 tak kira artis ka sapa ka salah kena la

A post shared by PakAzad™️ (@azadsyazirarose) on

Sekadar info, Azad dan isterinya pelakon Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK