‘Saya Merayu Pengarah Di Luar Sana Bagilah Peluang’ – Dato Hattan Rayu Semua Bantu Puteri Balqis

0
157

Sebelum ini, pelakon Nabila Huda pernah meminta masyarakat untuk memberi kata-kata semangat buat pelakon cilik, Puteri Balqis selepas kisah Pelakon Wanita Terbaik Drama itu mencuri perhatian masyarakat.

Terbaru, Dato’ Hattan turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Balqis. Pada masa yang sama, dia turut memberitahu bahawa pihak seniman akan memberikan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung Balqis dan ibunya. Alhamdulillah!

Perasaan simpati Dato’ Hattan diluahkan menerusi akaun Facebooknya. Menurut penyanyi lagenda itu, dia sangat tersentuh melihat kisah Balqis disiarkan di program Bersamamu pada 12 Januari lalu. Dia mendoakan bahawa Balqis sihat seperti dahulu dan penyakitnya itu segera sembuh. Melalui posting itu juga, dia merayu kepada setiap producer bahawa beri peluang kepada Balqis untuk beraksi semula dalam bidnag lakonan.

Menerusi Facebook Harry Aziz, lelaki ini menyeru semua pihak untuk menghulurkan bantuan buat Puteri Balqis terutama Persatuan Seniman Malaysia. Posting tersebut berjaya mencuri perhatian Dato’ Hattan apabila dia membalas di ruangan komen tersebut.

Dato’ Hattan memberitahu bahawa dia telah berbual dengan presiden persatuan tersebut iaitu Zed Zaidi, dan pihak mereka akan memberikan bantuan buat Balqis. Dia juga meminta masyarakat tidak menuduh perkara bukan-bukan.

The following two tabs change content beloApa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN