“Dialah Mata,Dialah Tongkat Kami” Budak 7 tahun jaga ibu bapa

0
235

“NUR Khairunnisa adalah anak anugerah Allah untuk membantu kami suami isteri, dialah mata dan tongkat kami.”

Itu luahan Nur Suhaida Norwi, 30, ibu kepada murid tahun satu, Nur Khairunnisa Mohammad Haizir yang menjadi tular di laman sosial.

Ketabahan anak kecil itu menunjukkan padang, kelas, kantin dan juga persekitaran sekolah ketika minggu orientasi sebelum ini buat ibu bapanya yang cac4t penglihatan meruntun jiwa warganet yang beranggapan murid Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Batu di sini, seolah-olah dewasa sebelum usia.

Nur Suhaida berkata, anak tunggalnya itu sangat memahami ‘kekurangan’ mereka suami isteri terutama untuk bergerak ke mana-mana.

“Khairunnisa akan menjadi mata kami, membaca papan tanda dan nombor kenderaan serta bertanya orang ramai dalam setiap urusan harian kami.

“Anak ini memang anugerah Allah, dia tahu dalam usia masih muda perlu berdikari dan berdiri sendiri untuk membantu kami yang buta,” katanya kepada Harian Metro.

Bagi Mohammad Haizir Zakaria, 36, Nur Khairunnisa yang sudah mengenal huruf ketika usia lima tahun antara yang diharapkan untuk mereka menaiki pengangkutan awam dan juga ketika menempah perkhidmatan e-hailing untuk bergerak.

“Anak ini tahu kami tidak nampak, tetapi tetap mahu menjaga kami, paling meruntun jiwa cita-citanya membeli kereta besar dan bawa kami berjalan-jalan.

“Saya faham kesukaran anak hingga bercita-cita mahu membeli kereta, mungkin dia nampak kepayahan untuk kami bergerak,” katanya yang cac4t penglihatan sejak kecil.

Katanya, sejak berusia empat tahun, dia dan isteri sudah mengajar Khairunnisa untuk rajin bertanya jika memerlukan bantuan ketika mencari jalan.

“Bulan lalu, kami sekeluarga ke Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga di sana.

“Ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khairunnisa tahu apa yang perlu dilakukan, dia segera ke kaunter tiket bertanyakan apa perlu dilakukan kerana kami bvta. Dia memang peramah dan bertanggungjawab walaupun masih muda,” katanya.

Mohammad Haizir berkata, setiap hari dia dan isteri akan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Hang Tuah hingga Stesen Sultan Ismail untuk menghantar dan menjemput Khairunnisa daripada sekolah.

“Walaupun Khairunnisa nampak matang, namun usianya tetap masih muda dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaganya,” katanya.

Sementara itu, guru kelas Nur Khairunnisa, Amira Nadwa Mohd Nasir, 28, mengakui tersentuh hati melihat anak muridnya yang begitu kuat dan bertanggungjawab walaupun baru berusia tujuh tahun.

“Jatuh air mata saya melihat seorang anak kecil, memimpin ibu bapanya yang tidak dapat melihat ke orientasi tahun satu pada 31 Disember lalu ketika hari pertama dia sendiri ke sekolah.

“Dia sendiri menulis nombor telefon ibu bapanya walaupun baru bertatih dan terbalik menulis, kuatnya dia walaupun terpaksa berdikari dalam usia terlalu muda,” katanya.

Amira Nadwa berkata, lebih meruntun jiwanya selesai orientasi, Khairunnisa memimpin ibu bapanya untuk menunjukkan kelas, padang dan kantin seolah-olah mereka dapat melihat.

“Masih terbayang di mata saya Khairunnisa menunjukkan ‘mak, sini kantin, ini padang sekolah.

“Selepas orientasi, saya bersembang buat pertama kali dengan ibu bapanya semalam (kelmarin) ketika hari pendaftaran pertama sekolah.

“Masih terkesan ayat ibunya kepada saya apabila mengandaikan Khairunnisa adalah mata dan tongkat suami isteri itu,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro