Subhanallah Merdunya, Suara Hady Mirza Laung Azan Dapat Pujian Ramai ‘Macam Gaya Azan Madinah’

0
601

” Dalam ramai-ramai artis yang aku dengar laungkan azan, inilah yang paling jelas dan paling dekat dengan yang kat radio atau TV. Memang merdu sangat, terbaik,”

Demikian komen seorang warganet yang memuji kemerduan suara penyanyi dan peserta GV6, Hady Mirza yang jarang dimiliki oleh penyanyi lain.

Baru beberapa hari dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019), nama Hady Mirza tidak lekang disebut-sebut dan terbaharu, sepotong rakaman video Hady melaungkan azan di sebuah acara dipercayai di Singapura tular di media sosial.

Malah, ada yang berkongsi semula rakaman video itu di platform YouTube dan meraih pujian ramai.

” Merdu mendayu suara azan ini. Saya sukakannya walaupun saya bukan muslim,” tulis Alex Matt.

” Sangat bagus, teringat masa di Makkah. Syahdunya! Syabas Hady, artis macam inilah yang kita inginkan,” tambah Nor Azman Mohd Zuki.

” Mantaplah. Azan gaya Madinah, suara merdu, lepas ni boleh jadi bilal pula Hady,” cadang Emry’s Ly.

Sehubungan itu, ada dalam kalangan peminat setia Hady memohon orang ramai agar tidak terus mengaitkan kisah silamnya dengan kehidupan sekarang yang lebih baik.

” Janganlah dipertikaikan kisah silam Hady, kini dia dah mendapat hidayah dan berusaha menjadi orang yang terbaik dengan kehidupan yang lebih bersih,” tambah Puteri Murni Jaafar.

Menerusi video yang sama juga, ada antara pengguna yang mencadangkan agar suara Hady digunakan untuk takbir raya tahun 2020.

” Harapnya raya 2020 tolong rekodkan takbir raya dari Hady Mirza. Mesti merdu seperti azan ini,” tulis Safuan Zakuan.

Video laungan azan Hady (lihat video di hujung artikel) yang dimuat naik sejak 9 November lalu itu telah ditonton oleh lebih 150,000 pengguna YouTube.

Keupayaan Hady yang juga bekas juara Singapore Idol dan Asian Idol melontarkan suara tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sering mendapat markah cemerlang dan pujian juri setiap kali melakukan persembahan di GV6.

Malah sewaktu minggu separuh akhir, juri tetap Ramli MS menyifatkan Hady sebagai satu-satunya peserta yang menunjukkan prestasi baik menerusi kedua-dua lagu solo dan duet bersama Dia Fadila.

“ Hady telah menyampaikan kedua-dua lagu dengan begitu baik. Malah, dia merupakan satu-satunya peserta duet paling okay dan serasi malam ini,” komen Ramli MS

Sementara itu seorang lagi juri tetap iaitu Bonda Hetty Koes Endang juga sering memberikan komen bersifat pujian kepada Hady setiap kali selepas melakukan persembahan.

” Interpretasi cukup dengan apa yang disampaikan, bagus. Warna vokal jelas, bagus. Apa lagi saat hujung tembakannya dapat,” komen Hetty Koes Endang.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak