Bakal Berkahwin 2020? Ini Jawapan Mira Filzah

0
379

 

Pelakon Mira Filzah tampil mengulas mengenai desas-desus bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya pada tahun 2020.

Jelas Mira, 26, dia akan berkongsi khabar gembira itu seandainya sudah mendapat keizinan dan keputusan muktamad daripada keluarga kedua-dua belah pihak nanti.

“Itu kuasa Allah, nak kata ya atau tidak kita tak tahu apa yang akan berlaku pada tahun 2020. Sepanjang 12 bulan itu apa sahaja boleh jadi.

“Saya tak boleh komen lanjut mengenai soal itu (kahwin) tetapi setiap orang yang menjalinkan hubungan pasti mahukan pengakhiran yang bahagia dan berkahwin.

“Niat itu ada tetapi belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak lagi buat masa sekarang,” katanya kepada Gempak.

Mira ditemui pada pertunjukan fesyen Resort Wear & Bridal Rico Rinaldi 2020 di Pavilion Le Gamuda, Sungai Buloh, Selangor malam tadi.

Terbabit sebagai Face of Bridal Rico Rinaldi 2020, jelas Mira kolaborasinya bersama pereka fesyen itu bukan petunjuk dia bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

“Ini bukanlah hint apa-apa. Tak ada kena-mengena pun sama ada saya nak kahwin atau apa.

“Sebenarnya lama juga dia memujuk saya untuk bekerjasama dan kami akhirnya punyai masa yang sesuai dan terjadilah kolaborasi ini.

“Sememangnya Rico antara pereka fesyen yang sudah lama saya mahu berkerjasama. Jadi, inilah peluang terbaik kami,” jelasnya.

Mira sebelum ini pernah mendedahkan sedang berkenalan dengan individu yang enggan didedahkan identitinya.

Jejaka terbabit kata Mira bukan daripada penggiat industri seni.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak