“Doakan Saya Yang Baru” – Sham Visa

0
673

Sebaik sahaja barisan 13 bintang Gegar Vaganza musim keenam (GV6) diumumkan vokalis kumpulan Visa, Sham mula mendapat perhatian para peminat.

Menerusi tinjauan di laman sosial Instagram (IG) @shamvisa.official, bilangan pengikut bintang GV 6 itu mula bertambah sejak semalam.

Sham turut memuat naik foto tiga keping terbarunya di IG berserta kapsyen-kapsyen positif serta memohon warga net mendoakan dirinya yang baru.

“Pray for the new me (doakan saya yang baru),” tulisnya ringkas.

Ruangan komen di IG Sham juga sudah mula dilimpahi ucapan tahniah daripada peminatnya yang turut memberikan kata-kata semangat sebelum berentap di pentas GV 6 bermula 13 Oktober ini.

GV 6 bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada setiap hari Ahad, 9 malam.

Musim terbaru ini menampilkan 13 bintang terdiri daripada penyanyi solo, duo dan berkumpulan.

Sementara itu GV 6 masih mengekalkan Datuk Ramli MS sebagai ketua juri bersama penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Buat julung kalinya juga, pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu, Farm Fresh hadir sebagai penaja utama GV 6 dan disokong oleh tiga penaja bersama, iaitu Adabi, Cuckoo dan Uphamol.

Digi turut hadir sebagai telco rasmi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak