“Ayah Tukang Kebun…”- Datuk Alha Alfa Kongsi Kisah Waktu Susah Jadi Inspirasi Buat Semua

0
5697

Jika anda mengikuti perkembangan Datuk Alha Alfa pastinya anda akan melihat kejayaan demi kejayaan dikongsikan jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal ini di media sosial.

Malah, dia juga kadangkala berkongsi beberapa pengalamannya ketika hidup susah kepada followers dan ianya membuatkan ramai semakin salute dengan Datuk Alha.

Pastinya ada kejayaan yang dikecapi kini kerana bermula dari bawah dan begitu jugalah dihadapi oleh Datuk Alha.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

alahai~ terjumpa gamba lama..betapa susahnya waktu ni..ayah tukang kebun balik buat kuih..balik sekolah laju2 tukaq baju tolong cetak kuih..umah flat tgkat 5..pikul tong gas bawak naik tgkat atas sekali..time ni bahagia sgt rasa dapat duduk ngn ayah ibu buat kuih sama2..alha lah paling rajin nak celop2 coklat lah..nak lukis2 atas biskut lah..haaaa sekali masuk order melompat2 nak buat hihihihi..sy mmg minat meniaga dr kecik lagi..ayah ada macam2 bakat..terer melukis..terer masak cakar ayam..haaha weekend2 tolong ayah g letak kuih cakar ayam kat kantin2 sekolah..kedai runcit..weekend2 je kami dua beranak pusing satu bandar kutip duit..boleh la sebalang dapat untung rm5-6 ringgit..so otak ni kalau tgk org meniaga tu rasa happynya lahhhh…usaha seseorg nak ubah nasib keluarga n diri..time alha kat gamba ni,kawan alha kt sekolah semua anak2 org kaya raya..ada driver, ada bodyguard..weekend2 diorg jalan2..alha kat umah ni la aktivitinya..hehehe xseronok cam depa2 tu tapi pengalaman yg alha ada tu paling mahal n akan diingat smpi bila2..ini semua terjadi 14 tahun dlu..so adik2 kat luar sana,selagi muda, carik la peluang n duit sendiri..walaupun family susah,kite xmacam org lain,jgn salahkan mak ayah kite kenapa kite susah,tapi tolong diorg selagi boleh agar memudahkan beban diorg..jangan asyik tanya kenapa xde org nak tlg kite..tapi carik jalan utk tlg org supaya kite dapat imbuhan..xpe tk kaya macam org tapi kaya kasih syg ngn family..kalau org tany xpenat ke meniaga? ini lah kekuatan alha..kene kuat nak happy kan org yg penah susah utk kite 😍😘🤲🏻 xde org nak berjaya sebulan dua meniaga terus kaya..usaha skit2 lama2 berjaya insha allah,, ❤️😘 susah senang kite family ibu ayah yg ada.. kawan2 akan tggalkan kite bila kite susah..bila kite dah ada keluarga n bila kite busy..yg tggal tetap ibu ayah n family walau buruk camne pun kite kan? 🤗🤗

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

Pada mulanya, Datuk Alha terjumpa foto lama yang dikatakan ketika waktu susah dan ayahnya pula bekerja sebagai tukang kebun dan pulang sahaja ke rumah terus membuat kuih.

Balik sekolah laju2 tukaq baju tolong…

Membuatkan ramai terinspirasi juga, kata Datuk Alha ketika dia balik dari sekolah laju-laju tukar baju dan tolong mencetak kuih dan kerja yang dilakukan itu dia sangat bahagia kerana dapat duduk dengan ayah ibu membuat kuih bersama.

Selain dia berkongsi kisah tersebut, dalam pada itu, katanya juga dia memang minat berniaga sejak kecil lagi. Namun, paling menyentuh hati juga Datuk Alha memberi nasihat mengenai ayah ibu yang perlu dijaga sebaiknya.

Reaksi netizen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Datuk Alha Alfa via HCL