Raja Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter, Netizen Lancar Kempen #AmpunTuanku

0
554

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menutup akaun Twitter malam tadi.

Ada netizen mendkwa tidakan itu berpunca daripada seorang pengguna Twitter yang melancarkan srangan bvli siber terhadap Raja Permaisuri Agong dan puteri baginda

Perkara ini turut menarik perhatian puteri keempat baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah.

 

“Alhamdulillah,” tulis Tengku Puteri Afzan apabila melihat tweet yang tular mengenai bondanya.

 

Di laman Twitter, ramai yang mula meluahkan rasa sedih dan meminta Raja Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaunnya itu.

Malah, ada yang melancarkan tanda pagar #AmpunTuanku untuk memujuk Tuanku kembali menggunakan media sosial tersebut.

Terdahulu, akaun Twitter Raja Permaisuri Agong dengan nama @cheminahsayang yang dibuka awal tahun lalu telah mencecah hampir 200,000 pengikut.

Setiap perkongsian Raja Permaisuri Agong begitu disenangi rakyat terutamanya apabila baginda sering berkongsi momen-momen indah bersama keluarga diraja.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak