Rahsia Kulit Kekal Cantik, Raja Permaisuri Agong Dedah Guna Produk Kecantikan Mampu Milik

0
1089

Umum mengenali Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering menarik perhatian dengan sikapnya yang sentiasa merendah diri dan mementingkan rakyat jelata, maka apa sahaja yang ditampilkan akan menjadi ‘trend’ dan tular.

Rakyat jelata menyenangi keperibadian Raja Permaisuri Agong sehinggakan kini ramai anak muda mula menjadikan penampilan baginda yang sering berbaju kurung dan bertudung litup sebagai inspirasi pemakaian sopan bersama tingkah laku terpuji.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#permaisurikita #ourqueen #istananegara #royal #malaysia

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Tuanku Raja Permaisuri Agong menarik perhatian sekali lagi menerusi akaun Twitternya, @cheminahsayang apabila mendedahkan rahsia kecantikannya yang sentiasa dipuji ramai itu hanya dengan menggunakan beberapa jenis produk kecantikan mampu milik, Nivea.

Kapsyen Twitter @cheminahsayang, “Krim siang dan malam saya… paling terbaik!” dengan paparan gambar dua produk penjagaan kulit jenama Nivea, “Nivea Creme” dan “Nivea Soft”.

Perkongsian produk kecantikan kesukaan baginda yang mampu dimiliki oleh semua golongan untuk menjadikan seseorang itu kekal cantik. Tidak perlu membeli produk kecantikan yang mahal-mahal, namun masih tetap cantik menawan luar dan dalam.

Gambar produk krim kecantikan Nivea ini telah menarik perhatian para netizen yang rata-rata bersetuju, kagum dan terpesona dengan kecantikan Raja Permaisuri Agong kerana kesetiaan baginda mengamalkan pemakaian produk ini setiap hari.

Sambil terdapat netizen yang mengesyorkan produk krim Nivea ini kerana Kate Middleton juga turut menggunakannya sebagai rutin penjagaan kulit.

Produk penjagaan kulit yang boleh didapati secara mudah di rangkaian farmasi dan secara atas talian, maka ramai netizen memberi komen bahawa mereka akan membeli krim daripada jenama Nivea dan akan mula mengamalkan petua kecantikan yang dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong.

Sesungguhnya cara dan gaya hidup bersederhana Raja Permaisuri Agong akan terus menjadi ikutan rakyat jelata. Tuanku boleh, maka rakyat jelata juga boleh!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : EraBaru via Nepalivibes