Berjaya Bina Semangat & Keyakinan Diri, Ibu Kanak-Kanak 0KU Ucap Terima Kasih Kepada Pak Nil

0
439

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa Pak Nil berkongsi paparan skrin ucapan terima kasih dari seorang ibu kepada kanak-kanak golongan Orang Kelainan Upaya (0KU).

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Individu tersebut mengucapkan terima kasih kepada Pak Nil kerana telah memberi semangat dan keyakinan kepada anaknya yang dikenali sebagai Kimi itu.

“Nama anak kami Kimi, kami nak ucapkan jutaan terima kasih untuk Pak Nil. Pak Nil dah buat seorang ibu ini sebak terharu sehingga nak menangis sebab perhatian dan kasih Pak Nil pada anak 0KU seperti Kimi.

“Kimi sangat beruntung dapat perhatian Pak Nil dapat duduk atas riba lagi, siap dapat angpau, ya rabbi. Kami rasa istimewanya Kimi, syukurnya kami pada Allah.

“Kami ni selalu rendah diri bila berjumpa keluarga saudara mara dan tak ke depan bila dalam majlis sebab sesetengah orang bila tengok dia, they judge. Pak Nl dah ubah mindset tu, Kimi loves dancing and singing even tak faham sepatah pun, thank you so much Pak Nil,” tulis wanita terbabit dalam mesej yang dikirim.

Dalam pada itu, Pak Nil turut mengucapkan terima kasih kepada wanita itu atas mesej yang dikirimkan kepadanya.

“Terima kasih ibu Kimi atas nota ini, ini sekadar perkongsian ketika rakaman uji bakat Tom Tom Bak berlaku semalam.

“Sekarang mereka menumpang rezeki dan kasih sayang kita di dunia ini tapi percayalah kita bakal menumpang rezeki dan kasih sayang mereka DI SANA nanti, jagalah anugerah Allah ini,” tulis Pak Nil di ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan berasa kagum dengan semangat wanita tersebut membesarkan anak 0KU.

Dalam perkembangan lain, Pak Nil bakal kembali mengacarakan program kanak-kanak popular, Tom Tom Bak yang akan kembali bersiaran di Astro Ceria selepas direhatkan selama beberapa tahun sebelum ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak