Putus Tunang: “Apa Yang Aishah Azman Boleh Tuntut”- Peguam Tampil Beri Saranan

0
1631

Seorang pengguna laman Facebook yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang peguam bernama Fahmi Ramli menyentuh mengenai pertunangan pasangan pelakon Aishah Azman dan Syafie Naswip yang putus di tengah jalan baru-baru ini.

Menurut Fahmi, mana-mana pihak sama ada lelaki atau perempuan boleh menuntut gantirugi di Mahkamah Syariah jika salah seorang daripada mereka memutuskan pertunangan tersebut.

Memuat naik foto Aishah dan Syafie, Fahmi menerusi status di akaun Facebook terbabit telah mengulas bagaimana tuntutan tersebut boleh dilakukan.

“Tuntut Hak Gantirugi Pertunangan di Mahk@mah Syariah.

“Viral seorang artis terkenal yang putus pertunangannya juga dengan seorang artis. Siapa-siapa pun kalau bertunang tak mahu hal ini terjadi. Lebih perlt pulak pertunangan yang diputuskan ini ada isu yang besar sehingga melibatkan pihak p0lis.

“Saya tak mahu ulas tentang isu yang timbul antara artis tersebut. Biarkan pihak p0lis lakukan tugas mereka. Cuma, ada soalan daripada netizen, Aishah tu tak boleh tuntut apa-apa ke di Mahk@mah Syariah? Insya-Allah saya akan ulaskan sedikit supaya menjadi panduan semua.

“Boleh Ke Tuntut Gantirugi di Mahk@mah Syariah?

“Pertunangan adalah suatu perjanjian sama ada secara bertulis atau perjanjian mulut untuk berkahwin. Pada ketika bertunang, har@m untuk orang lain mengikat pertunangan dengan perempuan itu. Dalam undang-undang Keluarga Islam setiap negeri ada diperuntukkan tentang bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan tuntutan Gantirugi Perkahwinan.

“Mana-mana pihak yang mungklr janji untuk berkahwin itu, adalah bertanggungjawab untuk pulangkan :

1) Pemberian pertunangan (jika ada)

2) Memulangkan nilainya

3) Membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu.

“Jadi, dalam kes ni, pihak yang diputuskan pertunangan boleh membuat tuntutan gantirugi yang dia telah tanggung untuk membuat sebarang persediaan kearah perkahwinan tersebut. Ini termasuk dengan persiapan yang dilakukan bagi Majlis Pertunangan,” tulisnya.

Selain itu, Fahmi turut menjelaskan persoalan ramai pihak sama ada salah seorang pasangan itu boleh menuntut sam@n malu atau pun tidak.

“Boleh ke Tuntut Sam@n Malu?

“Tidak boleh. Di dalam Mahk@mah Syariah, hanya gantirugi perkahwinan yang berbentuk perbelanjaan kearah persediaan untuk Majlis Perkahwinan sahaja boleh dituntut.

“Jika tuntutan itu bersifat gantirugi am kerana ke@iban/@alu, t0hmahan masyarakat, penderltaan, tek@nan jiwa dan perasaan, ia boleh dibuat di Mahk@mah Tinggi Sivil (Tuntutan Sivil).

“Ini berdasarkan kepada kes Salbiah Bt Othman vs Haji Ahmad B Abdul Ghani (JHXXI/I 1427H) yang mana Mahk@mah Tinggi Syariah Seremban telah menolak tuntutan Gantirugi Keaiban berjumlah RM200,000.00 yang dituntut oleh pihak Plaintif,” katanya.

Sementara itu, peguam itu turut menyenaraikan tuntutan yang boleh dilakukan oleh Aishah.

“Apa Yang Aishah Boleh Tuntut di Mahk@mah Syariah? Di dalam kes Aishah ni, dia boleh membuat tuntutan :

i) Belanja kenduri kecil-kecilan semasa hari pertunangan seperti jamuan makan dan khemah-khemah luar rumah

ii) Baju pengantin yang telah dibayar penuh olehnya termasuk dengan make up kepada butik

iii) Bayaran duit catering

iv) Kad-kad jemputan

v) Pengubahsuaian rumah (bilik tidur, bilik air, cat rumah dll)

vi) Pembelian katil pengantin

vii) Tempahan langsir dan cadar

viii) Deposit photographer

 

“Ok, faham kan apa yang boleh dituntut untuk gantirugi putus tunang. Pertunangan bukan hal yang boleh dibuat main-main. Ia dah melibatkan dengan perundangan serta hvkum syarak. Jadi, pihak yang memutuskan pertunangan perlu bertanggungjawab atas pemutusan pertunangan tersebut melainkan pihak satu lagi tu redha.

 

“Moga kita semua dilindungi dengan rahmat Allah. Tapi kalau dah tiada jodoh, mungkin ada hikmah disebalik insiden ni. Ada hikmah juga bila tahu sesuatu sebelum berkahwin, kan?” jelasnya lagi.

Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan p0lis selepas membel@sah bekas tunangnya kerana b3rang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan s0ngsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

Netizen mula berspekulasi dan mend@kwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah.

Pelakon filem Mukhsin itu menerima serangan komen ‘tent3ra bawang’ di laman Instagram miliknya gara-gara did@kwa membelasah bekas tunangnya.

Selain itu, pelakon Afiq Muiz memberikan am@ran kepada lelaki yang bakal menjadi adik iparnya.

Afiq yang merupakan abang kandung kepada aktres Aishah Azman memuat naik sekeping foto bersama adiknya itu.

Menariknya, kapsyen foto Afiq bersama adiknya itu seakan menjadi respon terhadap isv putus tunang yang did@kwa terjadi kepada Aishah baru-baru ini biarpun Afiq tidak menyatakan sebarang nama.

Terdahulu, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak