Sah! Aiman Hakim Kahwin Zahirah Macwilson Februari 2020, Melamar November Lalu

0
736

Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

Bagaimanapun Aiman menjelaskan, tarikh sebenar masih belum ditetapkan lagi.

“Bulan Februari cukup istimewa memandangkan bulan itu merupakan bulan kelahiran Zahirah.

“Namun tarikh sebenar belum ditetapkan buat masa ini kerana bagi saya perkahwinan bukanlah satu benda yang remeh-temeh.

“Banyak hal yang perlu diambil kira, termasuk lokasi dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, pasangan selebriti tersebut ditemui pada majlis sidang media pengumuman tarikh perkahwinan Aiman dan Zahirah yang berlangsung di Bikersfellas Cafe, di Ara Damansara.

Lebih romantik, Aiman turut sempat melafazkan “Will You Marry Me” dengan nada bergurau sewaktu pengumuman tersebut.

Setakat ini, Aiman memaklumkan majlis perkahwinan mereka hanya akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Sebarang perubahan lain akan diberitahu kemudian, bergantung kepada situasi.

Terdahulu, Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada Jun lalu sejurus berkongsi gambar majlis yang berlangsung di akaun media sosial masing-masing.

Kongsi Aiman lagi, lamaran darinya buat kekasih hati untuk mendirikan rumah tangga pada November lalu.

Kisah hubungan cinta mereka dikatakan bermula sekitar December lalu apabila heboh diperkatakan tentang pasangan merpati dua sejoli ini. Malah Aiman sendiri mengakui hubungan cinta dengan Zahirah bukan gimik.

Dan sejak itu, Aiman Hakim Ridza tidak lagi menyembunyikan kisah cintanya dengan pelakon Zahirah MacWilson.

Secara terbuka di laman Instagram peribadinya, Aiman berkongsi fasa-fasa manis yang sedang dilaluinya dengan pelakon itu.

Bahkan, pelakon tampan itu juga mengakui, hubungannya dengan Zahirah berlandaskan kejujuran.

“ Setiap apa yang kita lakukan perlu jujur dan saya ikhlas dengan apa yang saya buat. Jika ditanya mengapa saya memuat naik gambar kami berdua di Instagram sebelum ini, ia kerana hubungan saya dan Zahirah (MacWilson) jujur,” kata Aiman

Keterujaan peminat Aiman dan Zahirah dapat dilihat menerusi komen di laman sosial setiap kali gambar pasangan ini dimuat naik. Sampai ada yang meminta pasangan ini cepat-cepat naik pelamin!

Tidak dinafikan Aiman dan Zahirah pasangan yang secocok, sama cantik sama padan. Berikut antara komen peminat;

” Zahirah dah tinggi pakai lagi kasut tinggi tapi still simpan lagi tinggi dari zahirah kan luv This couple sama cantik sama padan mesti anak2 dorang nanti comey2 good sangat korang berdua ada jodoh amin..”

” SweetNye couple ni…berape byk gula buh ni boleh kencing Manis Mcm ni..”

” Hero yg sesuai aiman good looking fluent speaking English and yg penting taller than you hooe chemistry pun ummph mcm dgn capik..”

” King Aiman & Queen Zahirah. Just like a couple from Royal family. Please get married. U guys gonna have beautiful kids..”

Dalam pada itu Aiman bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya bilakah hubungan cinta dengan Zahirah mula berputik.

Zahiran turut sependapat dengan Aiman bahawa dia juga sangat jujur dalam hubungan itu selain berpendapat kekasihnya itu merupakan jejaka terbaik yang ditemuinya.

“ Kami masing-masing menemui yang terbaik. Seperti Aiman, saya juga jujur dalam hubungan ini,” kata Zahirah lagi.

Pasangan Aiman dan Zahirah mula menjadi perhatian apabila masing-masing secara terbuka berkongsi gambar berdua di laman sosial.

Kedua-duanya memberi bayangan sedang menjalin hubungan mesra. Aiman dan Zahirah juga tidak lagi menyembunyikan kemesraan mereka apabila mula tampil berdua di khalayak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH