Kerabat diraja bersalin di hspital kerajaan, Che Puan Khaleeda dapat pujian rakyat

0
2176

Berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut keputeraan putera kedua memenuhi laman media sosial awal pagi tadi.

Terbaru, isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam yang bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah dibenarkan pulang ke kediaman bagi menjalani sesi berpantang.

Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran tersebut.

“Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediiatricians, my incredible douIa and everyone who was involved,” katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen memuji tindakan pasangan diraja berkenaan yang memilih untuk bersalin di hospital kerajaan berbanding di swasta bagi melahirkan cahaya ketiga itu.

Pasangan itu bernikah pada 2014 dan dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Ismail Ibrahim , Khaleeda Bustamam via celotehsaje