“Ini Tanggungjawab Saya” – Kerana Ketiadaan Penghantar, Pengurus Restoran Ini Sendiri Jadi ‘Runner’

0
767

SEBUT sahaja nak makan apa, kini semuanya di hujung jari sahaja. Pendek kata hanya perlu pilih kemudian bayar. Begitu mudah dan pantas.

Namun di sebalik kemudahan atas talian itu terdapat kekangan yang kadang-kadang dihadapi sesetengah pengendali restoran.

Begitulah situasi yang dilalui kartunis terkenal Zunar atau nama sebenarnya Zukiflee Anwar Haque apabila makanan yang dipesannya dari sebuah restoran makanan segera tidak sampai pada waktu yang dijanjikan.

Sebaliknya, makanan yang dipesannya hanya sampai ke tangannya selepas sejam 20 minit.

Jika berdepan situasi itu sudah tentu kita kecewa dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Namun berbeza dengan Zunar apabila dia memandang tinggi sikap terpuji pengurus di cawangan restoran KFC di Bangsar yang sanggup menghantar sendiri pesanan tersebut kerana tiada runner.

 

Zunar berkongsi kisah tersebut di Facebooknya pada Jumaat lalu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah atas sikap terpuji Syafiq selaku manager KFC Bangsar Hub yang beralamat di Jalan Telawi. Tahniah, semoga Shafiq dan team terus maju,” katanya.

Malah Zunar berkata dia juga hanya perlu membayar RM8 sahaja berbanding harga pesanannya sebanyak RM21.

Berikut adalah perbualan antara Zunar dan pengurus tersebut:

Saya: “Kenapa lambat?”

Runner boy: “Maaf, tak ada orang.”

Saya serahkan RM50.

Saya manager. Kerana tak ada runner, saya datang hantar sendiri. Ini tanggungjawab saya.

SYAFIQ.

Runner boy: Tak perlu bayar semua, bayar duit kecik saja.

Saya: “Ini cuma RM8 ringgit saja.”

Runner boy: “Bayar banyak itu saja.”

Saya: “Jangan macam itu, nanti kamu kena bayar bakinya, RM13.”

Antara komen positif netizen yang memuji sikap pengurus terbabit.

Runner boy: “Tak perlu, kerana kami lambat, encik tak payah bayar semua.

Saya: “Nanti kamu kena marah manager kamu.”

Runner boy: “Saya manager. Kerana tak ada runner, saya datang hantar sendiri. Ini tanggungjawab saya.”

Perkongsian Zunar mendapat 3,200 tanda suka dan dikongsi lebih 170 kali.

Rata-rata netizen memuji sikap bertanggungjawab pengurus yang hanya dikenali sebagai Syafiq itu.

“Contoh ketua yang bertanggungjawab,” kata seorang pelayar Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook berkata, “Yes, that’s self integrity, kasi like to the manager, kasi like to you tooloves harmonious community… no need to be mean kan!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar