“Umur Saya 50, Dia Baru 40. Sudah Kertu Macam Mana?,” – Reaksi Siti Nordiana Andai Terima Cinta ‘Pucuk Muda’

0
1849

Kalau tidak bertanya soal jodoh terhadap penyanyi Siti Nordiana, memang tidak sah.

Masakan tidak, sejak berpisah dengan bekas suami, Allahyarham Mohd Faizal Yusup lebih 10 tahun lalu, bintang yang mesra disapa Nana ini masih belum temui cinta sejati.

Lalu buat kesekian kalinya, pemenang Artis Top Top MeleTop Wanita ini sekali lagi ditanya mengenai isu sama, tetapi kali ini apakah pendiriannya andai bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih muda darinya.

“Tak pasti. Tapi nanti umur saya 50, dia baru 40. Kita sudah kertu, macam mana? Tapi itu semua kuasa Dia. Kalau jodoh saya dengan lelaki yang lebih muda, saya terima sajalah,” katanya.

Ditanya sama ada dia masih fikirkan soal jodoh yang belum sampai, penyanyi ini punya jawapan sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sweet nyaa. Ikat tali kasut kiter pulak. Jarang jumpa lelaki sweet camni 😝 Jom #SATUKANRASA mv di channel You Tube @17elevenmusic skang . Kasi trending no 1 tau sayang!! 😘😍

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Belum lagi fikir. Sebab kalau saya mahu berkahwin untuk kali yang kedua, saya memang mahu ia kekal hingga ke jannah. InsyaAllah. Malah saya juga perlu buat persiapan fizikal dan ment@l.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sampai camtu sekali duduk ek . Penat naw ke puasa harini 😝

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Kalau sudah kahwin, saya memang mahu fokus pada rumah tangga. Sebab kita sudah tahu dan punyai anak kecil bagaimana situasinya. Jadi saya memang kena perbaiki dan persiapkan diri. Orang tua pun tak adalah bising tanya bila mahu kahwin,” kongsinya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah syukur dengan izinNya nana berpeluang bawa pulang anugerah Hos Meletop & Top Top Meletop . Terima kasih x terhingga buat fans @sitinordianafc yg bertungkus lumus undi nana 🙏🙏 . Ucapan terima kasih nana pada keluarga tercinta yg selalu ada di belakang nana, mr manager @alanasosman , team2 nana, @17elevenmusic , team production #ame2019 , team #gegarvaganza #gemagegarvaganza dan semua yg terlibat. Tq so much!!! 🙏🙏 💙😘 . Mr designer @mreryazree @lumiereconcept yg design baju untuk nana semalam . Dan also @boscoooooooooooooo yg mekap vassss untuk nana semalam 😍🥰😘 📷 @ladiesfoto #sitinordiana @meletop @era.je

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Siti Nordiana