Nampak Sweet sangat DI AME 2019, Zahirah Macwilson Bawa Aiman Hakim Bertemu Ibu

0
560

Siapa tak kenal dengan couple hot ni. Katanya nak bertunang. Haa jon ikuti kisah terkini kisah hubungan mereka kini. Masih dalam peringkat berkenalan antara satu sama lain, Zahirah Macwilson menjelaskan belum ada perbincangan ke arah pertunangan dalam pertemuan diantara ibunya dan Aiman Hakim baru-baru ini.

“Pertemuan Aiman bersama ibu saya hanya untuk mengenali antara satu sama lain, Tiada apa-apa yang dibincangkan sebaliknya sekadar berkenalan. Belum ada apa-apa perkhabaran ke arah itu (bertunang)”

“Semua okay. Aiman tak kekok ketika berbual dengan ibu saya. Maaf, saya tidak boleh bercakap lama kerana sedang menjalani penggambaran drama,” katanya mengenai pertemuan yang berlangsung.

Manakala ibu Zahirah, Maslinda Yusoff seakan merestui hubungan pasangan ini selepas meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan anak gadisnya yang terpancar, bersama Aiman di akaun media sosialnya.

“Tiga hari meluangkan masa bersama, saya nampak kebahagiaan kalian berdua. Allah menciptakan hamba-Nya berpasang-pasangan dan kalian saling melengkapi. Semoga Allah permudahkan segala urusan,” kata ibunya.

Kan sebelum ini Zahirah ada kata kalau family okay, maka nak bertunang. Jom baca Artikel Berkaitan bertajuk “Keluarga Aiman Nanti Datang Bertemu Keluarga Saya”

Berita baik buat peminat Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim kerana tidak lama lagi pasangan itu akan melangkah ke fasa pertunangan. Berita itu dimaklumkan Zahirah mengenai perancangan mereka seterusnya.

“Bagi saya kalau keluarga kami merestui hubungan ini, kalau semuanya berjalan lancar, kami akan membincangkan untuk ke fasa seterusnya, iaitu bertunang. Buat masa ini belum ada perbincangan secara terperinci mengenai itu”

“Tapi dia ada datang bawa keluarga dia berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa saya. Mungkin dia akan datang sekali lagi masa bulan puasa, apapun saya nak habiskan shoot ini Insyallah selepas itu kita tengok macam mana,” jelasnya.

Bagaimanapun Zahirah memberitahu, masih tiada tarikh yang pasti mengenai majlis pertunangan mereka kerana masing-masing masih sibuk dengan kerjaya. Namun persediaan untuk berkenalan sudah berjalan.

Tahniah diucapkan buat Zahirah dan Aiman yang bakal mengikat tali pertunangan. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan sebuah lagi majlis pertunangan dari selebriti kegemaran mereka. Semoga dipermudahkan urusan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Cokelat Putih