“Ini Antara Respon Yang Aku Dapat. Macam Ni Sekali…,” – Azhan Rani Terkejut Lihat Reaksi Netizen Tonton Telemovie ‘Restu Ayah’ semalam.

0
563

Aktor, Azhan Rani awal malam tadi ada berkongsi momen mengejutkan menerusi kiriman penonton telemovie, Restu Ayah yang disiarkan menerusi slot Cerekarama malam tadi.

Bintang Nur2 itu ada mendedahkan beberapa keratan video reaksi anak-anak penonton drama berkenaan yang disampaikan menerusi dm Instagram.

“Sebab aku dah tau cerita takde la aku beria nau nak sedih.. tapi scroll dm kat ig tadi ini antara respond yang aku dapat.. macam ni sekali rupanya ya..

“Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia.. semoga keinsafan ini sampai ke lubuk hati buat yang bergelar seorang anak.. ayah dan ibu hanyalah pinjaman Allah SWT.. bukan milik kita yang kekal,” tulisnya.

Malah, dia sendiri turut mengakui bukan sesuatu yang mudah apabila menerima berita pemergiaan orang tersayang.

“Aku sendiri tak dapat luahkan dengan kata2 macam mana saat menerima pemergian arwah abah dulu.. tak pernah hilang rasa rindu sampai hari ni. kita tak akan punya cukup masa untuk berbakti pada mereka.

“Selagi mereka masih ada usah sia2kan peluang untuk syurgamu bahagia.. semoga anak2 ini menjadi anak yang soleh nanti.. amin.. sekarang aku tengok video ni aku yang nak teriak.

“Thank you atas feedback.. maaf mana yang tak sempat saya balas.. isnin depan jangan lupa,” tulisnya panjang lebar.

Video 1

Video 2

ni sorang lagi.. penangan #restuayah tadi @tv3malaysia alololo comey dak #amie intan payung make up artist @nanad_sharam .. miss you #amie .. tq tengok drama uncle han.. jadi anak yang soleh ye.. toksah ikut perangai lan @therajaatiqullah dalam cerita ni.. hari isnin nanti jangan lupa

Video 3:

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji kredibiliti lakonannya di dalam drama tersebut dan mengharapkan agar lebih banyak sajian drama berunsur pengajaran dipaparkan selepas ini.

Selain Azhan Rani, Restu Ayah turut dilakonkan para pelakon hebat lain seperti Sharifah Shahora, Badrul Muhayat, Watie Elite dan ramai lagi.

Komen netizen

Moral ceritanya sampai…tapi buat anak yg lupa ibu ayah & tak tonton drama sebegini masih tak mampu meresap dlm jiwa kerana egonya melambung tinggi..yg dihati hanya nmpak salah ibu ayah…Moga suatu hari nanti meresap dlm jiwa sblm terlambat…tahniah @azhan_rani

Terima kasih kerana mberi lakonan yg mantap n bkesan…inilah yg penonton mahukn bkn wajah yg kami mahu tonton tp kesungguhan dn mberi kepuasan slps mnonton.kami mahu kn pelakon yg mnjiwai watak spt ini.semua yg terlibat dlm drama restu ayah bjaya mbawa watak masing.tahniah…terutama @azhan_rani

Ingtkan anak sy sorg je nngis????????..beria2 pulak tu nngis smbil peluk belakang sy..part yg dia ramas kek tu meraung anak sy nngis..alahaii mama relax2 tak nngis pon blh nngis

Terbaik jalan cite ni … tahniah juga para Pelakon terutama Abg @azhan_rani n @therajaatiqullah Mmg Kami satu family nangis tgk cite ni.. Anak2 siap nangis n peluk kami lagi bile tgk lakonan korang… plz ade lagi cite camni..penuh keinsafan… lagi sekali terbaik lakonan Abg @azhan_rani … isnin sambung Nur2 plak… ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ dr Kami …

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Nalurikini