Pertama Kali Dalam Sejarah: Takhta Dewi Remaja 18/19 Ditarik, Ini Respon Dari Haneesya Hanee

0
326

MALANG nasib juara Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Haneesya Hanee apabila penyebaran video pes ta ar4k melibatkannya menjadi punca kemenangan dia dalam pertandingan digugurkan.

Penarikan gelaran itu diumumkan oleh Pengarang Majalah Remaja iaitu Faiz Aiman selepas pihaknya berasa kesal dengan insiden tersebut apabila perserta terbabit melanggar syarat penyertaan pertandingan itu.

Dalam sidang media itu Hanee, 18, turut berharap semua pihak berhenti menyalahkan ibunya kerana apa yang terjadi merupakan kesalahannya sendiri.

“Pertama kali saya nak minta maaf sangat-sangat. Ia sesuatu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Saya mengaku itu salah dan perbuatan saya.

“Saya tak tahu kenapa dan tidak menjangka akan jadi macam ini. Saya sendiri terima keputusan pihak penganjur menarik balik gelaran tersebut.

“Saya minta maaf sebab dah rosakkan nama Dewi Remaja dan saya minta orang berhenti bercakap ini salah mak saya yang tak reti menjaga.

 

Pihak penganjur menarik balik gelaran Juara yang disandang oleh Hanee (tengah)

“Ni semua atas perbuatan saya. Pilihan saya. Mak saya tiada kaitan. Kalau boleh, biarkan mak saya sendirian,  semua salah saya, keputusan saya,” katanya sambil menitiskan air mata dalam video secara langsung menerusi Facebook majalah berkenaan.

Selain Hanee, sidang media tersebut turut dihadiri wakil pihak penganjur dan pemenang tempat kedua pertandingan itu, Tia Sarah.

Dalam pada itu, pihak penganjur memberitahu walaupun gelaran tersebut telah ditarik namun tiada peserta lain yang akan diangkat menjadi juara sebaliknya pemenang lain akan kekal pada kedudukan masing-masing.

“Kami mengambil keputusan untuk menarik semula gelaran Juara Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Hanee.

Namun, tiada sesiapa yang akan mengantikan atau mengambil gelaran tersebut.

“Keputusan itu dibuat kerana kami ingin menjaga kredibiliti jenama kami dan mengekalkan tiada pemenang untuk edisi kali ini.

Tiada pemenang untuk edisi kali ini.

“Manakala, pemenang-pemenang seperti tempat kedua, ketiga dan lain-lain masih kekal yang sama. Mereka akan mewakili Dewi Remaja untuk sebarang aktiviti,” kata Faiz.

Isu berkenaan telah menjadi perdebatan hangat netizen termasuklah mempertikaikan kredebiliti juara pertandingan itu selepas video tersebut tersebar Isnin lalu.

Episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019 telah berlansung di Visual Three Studio, Sri Kembangan pada Ahad lalu menyaksikan Hanee dinobatkan sebagai Juara.

Manakala gelaran naib juara pula disandang oleh Tia Sarah dan tempat ketiga dimenangi oleh Sherin Amiri.

Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling, peserta bernama Affie Rania pula mendapat tempat kelima. Selain itu, gelaran Dewi Favorite yang dipilih peminat menerusi laman web majalah Remaja disandang oleh Arena Iman.

Peserta dari Kelantan, Aween Ismail yang terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan berjaya menyandang gelaran Dewi Inspirasi.

Dalam sidang media berkenaan, Hanee turut menyerahkan kembali mahkota, trofi dan selempang yang diterimanya Ahad lalu kepada pihak penganjur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar